Acapkali kita mendengar pernyataan ini, dan kalau kita
masih mengambil sikap acuh tak acuh; barangkali dengan data yang dikeluarkan
KWSP ini boleh membuka mata dan minda kita untuk lebih bersedia.
Malaysia
merupakan negara yang semakin tua, dengan populasi mereka yang berumur 65 dan
ke atas akan menjadi 15% pada tahun 2035. Manakala, jangka hayat rakyat
Malaysia pula semakin meningkat dengan lelaki berada pada umur 72.5 tahun
manakala wanita pula berada pada umur 77.4 tahun.
Cuma
18% Capai Sasaran KWSP Menjelang Umur 55
KWSP telah menaikkan sasaran simpanan minima pada umur
55 tahun kepada RM228,000 daripada RM197,000. Namun, hanya 18% daripada
pencarum KWSP mencapai sasaran tersebut berbanding 50% yang disasarkan oleh
KWSP menjelang tahun 2021. Ini disebabkan banyak faktor, di antaranya dividen
KWSP yang menurun dan banyaknya pengeluaran yang dibenarkan seperti perumahan,
kesihatan, pendidikan, pergi haji dan sebagainya.
4 Fakta Membimbangkan Mengenai Simpanan KWSP:
i. 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
ii. Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
iii. Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
iv. 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.
Mempelbagaikan
Aset KWSP
KWSP diwujudkan
pada tahun 1952 dan kini merupakan skim pencen yang ketujuh terbesar di dunia.
Pada mulanya KWSP dipaksa membeli bon kerajaan yang memberi pulangan yang
sedikit, dengan memberi kerajaan sumber dana yang diperlukan. Dan pada tahun
2015, aset pelaburan KWSP berada pada RM685 bilion, selepas berkembang 10%
setahun sejak 15 tahun yang lalu.
Sejak tahun
80-an, KWSP telah mula mengorak langkah untuk membeli aset yang lebih berisiko
tetapi memberi pulangan yang lebih tinggi. Begitu juga halnya dengan pelaburan
KWSP di luar negara, dengan hartanah di Amerika Syarikat, United Kingdom,
Singapura, China dan Australia.
Kemudiannya,
KWSP dibenarkan untuk menjadi pemegang saham terbesar, malah menjadi pengendali
perniagaan; lebih daripada hanya sebagai pelabur pasif syarikat. Pegangan dalam
pelaburan ekuiti telah meningkat, pelaburan langsung ke dalam industri hartanah
dan infrastruktur seperti pegangan 49% ke atas lebuhraya PLUS yang menelan
belanja sebanyak RM9 bilion pada tahun 2011.
Terkini, KWSP
mengisytiharkan dividen sebanyak 5.7% pada tahun 2016 kepada 14.72 juta ahli
dengan jumlah bayaran sebanyak RM37.2 bilion. Pendapatan kasar pada tahun 2015
adalah RM44.2 bilion, dengan pelaburan tempatan sebanyak 52% dan pelaburan luar
negara sebanyak 48% menyumbang hampir sama banyaknya.
Kenapa
Pulangan KWSP Rendah?
Objektif penubuhan KWSP untuk menyediakan ahlinya
dengan simpanan yang mencukupi pada hari persaraan nampaknya tidak mencapai
sasaran. Kepada lebih daripada 80% daripada ahli, pulangan yang rendah bagi
simpanan KWSP telah membantutkan pelan persaraan mereka. Kenaikan gaji yang
sedikit, pulangan KWSP yang rendah dan hutang isirumah yang tinggi adalah
perkara yang menyumbang kepada hari tua yang tidak menentu.
Sepatutnya, KWSP
dibenarkan untuk menjalankan tugas mereka sebaik mungkin kepada pesara sekarang
dan akan datang. Namun, campur tangan politik telah mengganggu golongan
professional dalam KWSP daripada memberi yang terbaik kepada ahli KWSP.
Campur tangan
politik inilah yang telah mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli dana yang
memberi pulangan yang sedikit seperti bon kerajaan, sukuk dan sebagainya.
Pencarum KWSP juga tidak berpuas hati dengan dana persaraan mereka digunakan
untuk membeli dana infrastruktur Amerika Syarikat dengan pulangan yang rendah.
Rakyat Malaysia tidak mahu ketua kerajaan memperjudikan masa depan mereka demi memuaskan hati pemimpin luar negara, terutama sekali seorang yang tidak membantu masa depan negara.
Persiapan
Lebih Rapi Untuk Hari Tua
Sekarang anda sudah tahu betapa getirnya masa depan kita, dan jika kita hanya bergantung kepada simpanan KWSP sebagai tabung persaraan – memang tidak akan cukup.
Ingat lagi tak
68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai
simpanan kurang daripada RM50,000? Dengan garis kemiskinan berada pada RM930
sebulan, simpanan sebanyai RM50,000 tadi hanya akan bertahan 4 tahun lebih
sahaja.
Andai kata anda
bersara pada umur 55, umur 60 tahun anda terpaksa mencari pendapatan lain bagi
menyara kehidupan. Dan ingat lagi tak jangka hayat rakyat Malaysia dengan orang
lelaki berada pada umur 72.5 tahun manakala wanita pula berada pada umur 77.4
tahun? Baki berbelas tahun itulah juga anda perlu mencari sumber lain untuk
kelangsungan hidup.
Jadi
Apakah Tindakan Anda?
Apa pilihan yang
kita ada?
Nak bergantung
kepada anak-anak ke? Nak keluarkan simpanan KWSP untuk pelaburan yang lebih
menguntungkan? Nak kerja lagi dan lagi? Atau nak cari ilmu pelaburan yang
menguntungkan seperti pelaburan saham, hartanah dan sebagainya bagi meningkatkan
simpanan hari tua?
Perlu beringat
bahawa pada umur lewat usia itulah peluang untuk berehat dan meningkatkan amal
ibadat.
Sumber
Rujukan: The Star Online
No comments:
Post a Comment