“Saya Dah Buat Wasiat,
Nanti Mudahlah Proses Pembahagian Harta Pusaka”. Benarkah?
“Saya dah buat wasiat, insyaALLAH nanti mudah proses pembahagian harta
pusaka”.
Benarkah begitu?
Bergantung kepada situasi.
Perancangan harta pusaka bukan sekadar buat wasiat.
Berikut situasi yang biasa saya hadapi.
§ Ramai yang saya jumpa menyangka dengan adanya wasiat, maka sudah selesai
perancangan harta pusaka.
§ Malah ramai juga yg sangka, kos utk pengurusan pusaka cukup sekadar kos
wasiat.
§ Malah ada yg rasa sudah cukup apabila dpt wasiat percuma selepas
melanggan unit trust dan dapat status gold.
§ Ada juga yg rasa gembira dapat wasiat percuma daripada bank apabila melanggan fasiliti bank.
Caj Pengurusan Harta Pusaka
Sebenarnya, ada kos yg lebih besar selepas membuat pusaka, iaitu
CAJ PENGURUSAN HARTA
PUSAKA.
Kos ini akan dikenakan KE ATAS HARTA PUSAKA si mati, melalui ahli waris.
Rujuk keratan akhbar Mingguan Metro pada bahagian komen.
Jika jumlah harta si mati RM100,000, berikut ialah peringkat caj yg
dikenakan:
1. RM25,000 pertama dicaj 4% = RM1,000
2. Baki RM75,000 dicaj 3% = RM2,250TOTAL RM1,000 + RM2,250 = RM3,250.
Maknanya, jika harta pusaka RM100,000, caj pentadbiran yg dikenakan
adalah RM3,250
Bayangkan jika harta RM200,000? RM500,000? RM1,000,000?
Sudah tentu caj ini lebih tinggi.
Ini hanya caj pentadbiran, tidak termasuk kos-kos lain seperti kos
peguam, kos urusan ke mahkamah, kos urusan ke pejabat tanah dan lain-lain.
Dalam kes di atas, wasiat perlu disahkan di Mahkamah Tinggi dan kos
Mahkamah Tinggi paling kurang RM10,000 ke RM20,000!
Siapa yang akan tanggung semua kos ini selepas ketiadaan kita?
Waris-waris kita.
Dan ini juga antara sebab kenapa harta beku semakin lama semakin
bertambah – Waris tidak bersepakat utk mengeluarkan kos pengurusan harta
pusaka.
Dilaporkan, harta beku mencecah lebih RM60 billion!!
Lakukan Perancangan Harta Pusaka
SOLUSI – Pemilik harta membuat perancangan harta pusaka dari sekarang,
ketika hidup.
Majoriti pemilik wasiat yg saya temui, tidak tahu akan hal ini. Mereka
tidak tahu bahawa ada caj-caj lain yg akan dikenakan oleh syarikat amanah ke
atas harta pusaka mereka.
Apabila dikira jumlahnya, mereka terkejut. Terkejut besar!
Sebab, majoriti mereka memiliki harta dlm bentuk harta tidak alih
(hartanah) lebih besar berbanding harta alih / cair (seperti wang tunai, saham,
unit amanah) – dan ia menyukarkan lagi pembayaran kos dan caj tersebut.
Contoh mudah, seorang bapa yg mempunyai wasiat dan mati meninggalkan
rumah berharga RM500,000 dan wang tunai RM50,000 kepada waris.
Jika kes ini terjadi, kemungkinan besar wang tunai itu habis digunakan
utk membayar kos pentadbiran dan pengurusan pusaka harta si mati.
SOALAN: Jika anda sudah memiliki wasiat, adakah anda sudah dimaklumi
perkara ini?
Jika “Ya”, Alhamdulillah.
Jika “Tidak”, semak wasiat anda segera.
SOLUSI: Rancang pusaka dari awal, bukan sekadar wasiat.
NOTA: Ramai yg tak perasan, bagi pemilik harta bawah RM2 Juta, tak
perlukan pun wasiat untuk melantik syarikat trustee sebagai pemegang amanah
sebenarnya.
NOTA2: Istilah wasiat digunakan dalam 2 situasi: Wasiat pemberian 1/3
dan wasiat pentadbiran harta pusaka. Yang saya maksudkan dalam status ini ialah
wasiat pentadbiran.