Monday, 9 November 2020

 
PENGENALAN SYARI’AH


Objektif Syari’ah


Syari’ah adalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal Syari’ah ialah “jalan ke sumber mata air”. Ia merangkumi keseluruhan undang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik, perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektif utama Syari’ah ialah untuk memastikan sekalian manusia melaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya (kejahatan). Istilah ma’ruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualiti amalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat, sementara istilah munkar merujuk kepada semua kualiti amalan kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat.


Konsep Ad–Deen (Syari’ah)


Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumi tiga komponen utama iaitu Akidah (kepercayaan), Syari’ah (undangundang) dan Akhlak (kod moral/adab). Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara pasti dan iman yang teguh terhadap Allah s.w.t., para Malaikat, para Rasul, Hari Kiamat, kitab-kitab dan percaya kepada Qada’ dan Qadar. Syari’ah atau undang-undang Islam juga dikenali sebagai Fiqh. Fiqh adalah perundangan Islam yang berkait rapat dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. mengenai cara hidup / amalan, moral / adab dan perundangan sosial dalam Islam. Cabang ilmu Fiqh termasuklah Ibadat, Mu’amalat, Munakahat and Jinayat;


                    i.            Fiqh Ibadat
                          ii.            Fiqh Mu’amalat
                          iii.            Fiqh Munakahat
                    iv.            Fiqh Jinayat


 Hukum Mandatori (Hukum Taklifi) 


Hukum Taklifi ialah ketentuan Allah s.w.t. yang menuntut seseorang Muslim melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatu perbuatan. Mengikut ajaran Islam, setiap perbuatan seseorang Muslim hendaklah berlandaskan lima rukun (al-Ahkam al-Khamsah) berikut:
 
                         i.            Wajib (Iijab)
                               ii.            Sunat (Mandub)
                iii.            Haram
                  iv.            Makruh
                              v.            Harus (Mubah)


Sumber-sumber Utama dan Sokongan Syari’ah
 
Sumber Utama:
i. Al-Quran
ii. Sunnah


Sumber Sokongan:
i.  Ijma’ (kesepakatan pendapat)
ii. Qiyas (kesimpulan secara perbandingan)
iii. Maslahah (kepentingan umum)
iv. ‘Uruf (adat resam atau kebiasaan)
v. Istishab (andaian)
vi. Istihsan (mengutamakan yang terbaik) 



No comments:

Post a Comment

Harapkan Duit Simpanan KWSP Tidak Cukup Untuk Bersara – Data KWSP

  Acapkali kita mendengar pernyataan ini, dan kalau kita masih mengambil sikap acuh tak acuh; barangkali dengan data yang dikeluarkan KWSP i...