Thursday, 12 November 2020

 



KONSEP RISIKO

 

Risiko secara umumnya bermaksud kemungkinan berlakunya kebinasaan, kecederaan atau kerugian. Risiko biasanya dikaitkan dengan kejadian atau kesan yang merugikan, sementara peluang atau nasib dikaitkan dengan hasil atau keputusan yang menggembirakan / menguntungkan. Contoh risiko ialah diagnosa kanser paru-paru di kalangan para penghisap rokok di mana ketidakpastian sentiasa wujud sama ada mereka pasti akan menghidap kanser berkenaan ataupun tidak.

Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir (Qada’ dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk mencorakkan kesejahteraan hidupnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib / keadaaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka” (Al-Qur’an, 13:11)


Ciri-Ciri Risiko yang Boleh Diinsuranskan

Mempunyai Nilai Kewangan

Risiko berkait rapat dengan kerugian di mana ganti rugi kewangan boleh dibayar setelah berlaku sesuatu musibah umpamanya kerosakan rumah kediaman disebabkan kebakaran, kecurian kenderaan dan sebagainya. Harta berkenaan mungkin mempunyai nilai kewangan dan nilai peribadi, tetapi ia hanya boleh diinsuranskan berdasarkan nilai kewangan dan bukannya nilai sentimental harta / perkara pokok insurans.

 

Risiko Pendedahan yang Sama

Risiko yang hendak diinsuranskan mestilah mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapat jumlah yang banyak,

a)      Penilaian risiko melalui analisa kebarangkalian dan statistik amat bergantung kepada pengalaman lepas yang dianggap munasabah jumlahnya.

b)     Sekiranya hanya terdapat 3 atau 4 pengalaman pendedahan, ia akan menyebabkan kos perlindungan dan bayaran premium yang tinggi serta tidak kompetitif. Contohnya insurans perlindungan sepasang kaki milik model / peragawati terkenal.

Risiko Tulen

Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau tiada kerugian) sahaja yang boleh diinsuranskan kerana seseorang itu tidak boleh meraih keuntungan dari insurans. Risiko spekulatif memberi kemungkinan berlaku kerugian, pulang modal (tiada kerugian) atau meraih keuntungan, dan oleh itu ia tidak boleh diinsuranskan.

 

 

Risiko Khusus

Risiko khusus boleh dilindungi sekiranya ia memenuhi kriteria risiko yang boleh diinsuranskan.

Risiko asas biasanya tidak boleh diinsuranskan, contohnya risiko peperangan atau perubahan nilai budaya. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat risiko yang boleh diberi perlindungan insurans tetapi ia bergantung kepada lokasi geografi risiko berkenaan.

 

Kerugian Tidak Dijangka

Adalah tidak munasabah untuk menginsuranskan risiko yang pasti akan berlaku kerana ia bertentangan dengan salah satu ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan iaitu kerugian tidak dijangka. Kekerapan dan ketenatan sesuatu risiko itu mestilah di luar jangkaan, contohnya dalam insurans hayat – bila / tarikh kematian adalah diluar pengetahuan manusia untuk memastikannya. Contoh risiko yang telah dijangka, dengan niat dan disengajakan ialah bunuh diri.

 

Kepentingan Boleh Lindung

Bermaksud suatu hak hubungan yang sah di sisi undang-undang di antara diri yang diinsuranskan dengan perkara pokok insurans.

Risiko yang hendak dilindungi mestilah mempunyai kepentingan kewangan yang diiktiraf oleh undang-undang. Diri yang diinsuranskan merupakan individu yang akan menanggung kerugian kewangan sekiranya risiko yang dilindungi itu benar-benar terjadi.

Contohnya, pemilik rumah berhak menginsuranskan rumah kediamannya.



Jom Dapatkan Khidmat Perunding Takaful Percuma

Whatsapp 0149445900 - Hafizah Takaful (Sel/KL)

 

No comments:

Post a Comment

Harapkan Duit Simpanan KWSP Tidak Cukup Untuk Bersara – Data KWSP

  Acapkali kita mendengar pernyataan ini, dan kalau kita masih mengambil sikap acuh tak acuh; barangkali dengan data yang dikeluarkan KWSP i...